11. KPM amat menggalakkan perkongsian dengan pihak luar. Sekiranya agensi tersebut ingin melaksanakan program dan aktiviti pada waktu persekolahan apakah tindakan yang perlu diambil oleh pihak sekolah?
Pemimpin sekolah perlu mengadakan perbincangan dengan mana-mana agensi yang berhasrat mengadakan program dan aktiviti pada waktu persekolahan dan menjelaskan tentang pelaksanaan MMI. Pihak sekolah perlu menghubungi Unit Perhubungan JPN bagi mendapatkan kebenaran untuk melaksanakan aktiviti berkenaan.

12. Adakah saya perlu menghadiri mesyuarat, bengkel, seminar, kursus atau aktiviti luar jika menerima surat arahan daripada KPM, JPN dan PPD?
Pengetua dan Guru Besar perlu memberi pertimbangan atas kewajaran guru- guru ini terlibat dalam aktiiviti dan program yang diarahkan. Sekiranya guru menghadiri aktiviti di atas maka guru perlu menyediakan bahan PdP yang sesuai selama ketiadaannya di sekolah.

13. Sebagai Pengetua/Guru Besar, adakah saya berhak untuk tidak membenarkan guru-guru saya untuk menyertai aktiviti/program luar jika menerima surat arahan KPM/ JPN/PPD ?
Sebagai Pengetua atau Guru Besar instruksional, pemimpin sekolah perlu memberikan kerjasama dan komitmen kepada KPM, JPN dan PPD dalam menjayakan segala program demi meningkatkan profesionalisme guru dan membangunkan modal insan murid.

14. Sekiranya saya tidak dapat melaksanakan PdP atas urusan rasmi, bolehkah saya menggantikan waktu tersebut di luar waktu persekolahan?
Perlu mendapatkan persetujuan daripada pemimpin sekolah.

15. Saya telah diarahkan untuk menjalankan tugas rasmi, adakah perlu saya mengganti waktu yang telah tertinggal tersebut?
Perlu mendapatkan persetujuan daripada pemimpin sekolah.

16. Bolehkan program kokurikulum diadakan pada waktu persekolahan sama ada di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan?
Program yang dijalankan pada waktu persekolahan perlu mendapat kebenaran bertulis sama ada daripada pihak PPD, JPN atau KPM.

17. Bolehkah guru meninggalkan bilik darjah bagi membuat persiapan acara peringkat Daerah/Negeri/Kebangsaan yang dikelolakan oleh sekolahnya?
Boleh, guru yang terlibat perlu memastikan PdP bagi kelas yang ditinggalkan dapat berjalan seperti biasa.

18. Adakah bertugas sebagai Pengawas Peperiksaan Awam menjejaskan keberkesanan MMI?
Tidak.

19. Adakah pihak Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) di sekolah terlibat dalam pelaksanaan MMI? Contohnya pembantu makmal.
Semua pihak di sekolah memainkan peranan dalam pelaksanaan MMI.


HAL EHWAL MURID
20. Pelaksanaan MMI menyebabkan murid tidak boleh menyertai aktiviti kokurikulum dan sukan?

MMI tidak menghalang murid untuk menyertai mana-mana aktiviti di atas. KPM menyarankan agar pemimpin sekolah dan guru terlibat mengurus masa murid berkenaan bagi memastikan proses pembelajaran tidak terganggu.
free counter
Perhatian:
NUTP hanya mengurus insurans berikut sahaja iaitu:
    1.Tokio Marine - Skim Diamond Accident Protector/Skim Diamond Accident Protector PLUS,
    2. Great Eastern - Livin' Pay/Dana Restu/Barakah/Livin' Pay Plus/Dana Restu Plus,
    3. Etiqa - Skim Takaful Guru,
    4. Etiqa - Skim Takaful Warga Pendidik,
    5. Great Eastern - NUTP Health Care/Takaful Great Eastern Medikad (Kad perubatan NUTP),
    6. RHB Insurance - NUTP Medicare (Kad perubatan NUTP),
    7. Takaful Malaysia - Takaful Medic NUTP (Kad perubatan NUTP),        
    8. Great Eastern - Insurans  Group GS624B  (untuk yang telah beli sahaja)
    9. Tokio Marine - Skim Perlindungan Barangan Isi Rumah



Semua urusan Insurans boleh hubungi dan serah kepada Wisma KPPK Kedah atau Pusat Perkhidmatan Sungai Petani untuk tindakan selanjutnya.



Didapati ada pihak tertentu yang sedang menggunakan nama NUTP untuk menjual insurans seperti MCIS, AIA dan sebagainya. Ahli diminta berhati-hati dengan teknik jualan tersebut.



Ahli boleh menyemak potongan gaji serta tuntutan Perbatuan melalui laman web di bawah:
Klik untuk Semakan Akaun Gaji
PERINGATAN PENTING

SEBARANG ADUAN, PERTANYAAN ATAU CADANGAN MELALUI EMEL PERLU DISERTAKAN DENGAN
1. NAMA AHLI
2. NO. KAD PENGENALAN
3. NO. AHLI
UNTUK MENGELAKKAN KEMUDAHAN TERSEBUT TIDAK DISALAHGUNAKAN OLEH BUKAN AHLI.
APAKAH MMI?
1                2                3
·BERSATU        ·INOVATIF        ·DINAMIK        ·PROGRESIF
MISI

  • Merancang dan melaksanakan pelbagai program ke arah melahirkan kaum pendidik yang inovatif, dinamik dan progresif selaras dengan wawasan untuk meningkatkan martabat profesion pendidikan.

  • Melindungi dan memperjuangkan hak-hak kaum pendidik.

  • Menyediakan perkhidmatan dan khidmat nasihat yang berkualiti dan cekap.
VISI

Ke Arah Kecemerlangan Profesion Pendidikan
Cetak Penyata Insurans:

1. Great Eastern
2. Etiqa
Kemaskini pada 26.04.2024